HOME SWEET HOME

free download

penyambut-penyambut tetamuku. thihihi sila sila ----PONOI --------CIKi------------oboy------

cutechicken dance jumping frog Pictures, Images and Photos

Tuesday, June 30, 2009

Betullah orang cakap.

Bukan mudah untuk menilai seseorang.

Bukan mudah untuk mempunyai rakan ketika susah DAN senang.

Bukan kawan ketika susah sahaja.

Dan juga bukan kawan ketika senang sahaja.

Susah DAN senang.

Harapnya agar aku menjadi seorang kawan ketika kau susah dan juga senang.

Jangan dibutakan hati aku dengan perkara2 yg tidak sepatutnya.

Ameen.


Saturday, June 27, 2009

Guru Disiplin

"Ketuk ketampi 30x. Menghadap antara satu sama lain" di tengah2 padang yg panas terik gile. Boleh mati kekeringan air dalam badan kalo lame kt situ. Kuantan dah la panas bapak.

Aku menghadap kawan nak tahan gelak.

"Jangan gelak gelak maa..panas ini"

Lagila aku nak tergelak.

"Berdiri tegak!! tadah tapak tgn!!" PIAPPP!!! Dua kali sorang kene rotan kat tapak tgn.

"CAKAP! SAYA BERJANJI TIDAK AKAN MENGULANGI LAGI!" cikgu disiplin.

"Saya berjanji tidak akan mengulam lagi"

"Mengulam ape??? Ingat makan ulam ke???? mengulang!!" adedeh.

"Mengulang"

"Ulang balik semua lagi sekali!"

"Ape die cikgu td. Dah lupe pulak"

"SAYA BERJANJI TIDAK AKAN MENGULANGI LAGI"

"Ha..ok ok"

"CEPAT CAKAP!!!!"

"Sayaaaa..."

"Angkat tgn kanan, mcm tgh berikrar tu" Cikgu ni mmg nak kene, dah la tengah panas ni. Banyak plak cite die. (ckp dalam ati je)

Angkat tgn kanan.

"Eh ape td, lupe lagi pulak"

"MACAM MACAM KAMU NI. DAH!!! KETEPI!!!"


PS: Patutla aku asik ulang mende yg same je kat sekolah, aku rase mungkin sebab aku tak berikrar mengulang tu la. Iskh.


KUALA TERENGGANU : Gara2 tidak berpuas hati kerana rakan mereka dihukum rotan oleh guru disiplin,sekumpulan 10 pelajar tingkatan 3 sebuah sekolah di Bukit Payung Marang menyerang rumah guru itu. Tindakan pelajar ala samseng itu menyebabkan dua buah kereta iaitu Proton Waja dan Proton Satria milik guru rosak.

Ape mende la bebudak skang ni. Tak bleh kene tegur sikit.

Monday, June 8, 2009

Yang kurik itu kundi

"Kenapa masuk bilik orang??? Get out from my room!!!!!!"

"Eh, bukannya apa. Nak masuk tengok baju kotor, nak tolong basuhkan"

"I can wash my clothes myself!! Just get out from my room!! I need my privacy!"


Si emak berlinang air mata. Kerana ditengking anaknya dihadapan orang-orang lain.

Dia memandang.
"Tak apa, jgn menangis. Saya faham.." ada yang berkata.
Ada yang menggeleng kepala. Ada yang hanya diam. Ada yang sengaja menukar topik untuk melupakan.

I need my privacy katanya.

Jangan sampai apabila privacy milik kamu selama lamanya, barulah kamu mula membuka ruang untuk seseorang yg jauh.

Sesungguhnya tempat itu tiada berganti.

Menarik nafas panjang. Dalam hati moga diri ini dan rakan rakan serta yang lain dijauhkan dari sifat2 sebegitu.

" KALAU KAMU TAK SUKA RUMAH NI, KELUARRRRRR DARI RUMAH IBU SEKARANG!! JANGAN BALIK BALIK LAGI"

Bulatan. Pusing pusing ke situ jua ketemu.

Saturday, June 6, 2009


NEXT ENTRY

:: RAHMAH'S WEDDING ::

Jeng jeng Jeng!